Wednesday, 29 January 2014

Kepentingan vitamin dan suplemen kepada semua

Supplemen tu apa?

Supplemen tu makanan tambahan. Kenapa nak tambah? Tak cukup ke makanan yang kita makan ni.Sihat je.takde masalah...hurmm mugkin la..tapi tidak sebenarnya...

Baca kisah ni dulu...

Ini adalah kisah seorang ahli farmasi yang bernama Dr. Earl Mindell. Sebagai seorang ahli farmasi, beliau banyak didedahkan kepada ubat-ubatan (ubat, bukan supplement). Semasa beliau membuka farmasinya sendiri, Dr Mindell menjual ubat-ubatan kepada pelanggannya, bukan sahaja kepada orang yang sakit, tapi ada orang yang memang ambil ubat ubat meneruskan kehidupan, misalnya ubat anti-depresi.

Farmasi yang dibuka oleh Dr Mindell ni adalah partnership dengan kawannya. Mereka bekerja 15 jam sehari, tapi Dr Mindell mendapati pertnernya ni tetap cergas, kekal ceria, tak lesu-lesu macam yang dia rasa.
Lalu Dr Mindell bertanya.. “Saya tengok kamu maintain saja sepanjang hari, layan customer, buat itu buat ini, sedangkan saya rasa macam nak pitam dah ni. Apa rahsia kamu?”

Temannya itu menjawab “Tak ada rahsia pun. Cuma saya ambil vitamin

Tersentak Dr Mindell sebab selama ni apa yang dipelajarinya.. seperti kebanyakan kita faham – vitamin diambil bila kita memerlukan, iaitu bila kita dah sakit, mengandung, dah tua, etc. Pendek kata vitamin tu, pada pemahamannya lebih kurang macam ubat, dan ubat pun takde beza dengan vitamin, sedangkan perbezaannya sangat2 lah ketara… ubat adalah berasaskan drug (dadah) dan vitamin berasaskan bahan organik yang diperlukan oleh tubuh.

Akhirnya Dr Mindell menjadi seorang pengkaji vitamin, nutrisi dan perubatan alternatif.

Credit to: Mommy Lina

Moral of the story ambil lah supplemen. Kesannya untuk jangka masa panjang nanti. Nak guna badan tu lama lagi kan..lagi-lagi untuk mommies yang bekerjaya nak urus umah,urus kerja,urus anak,urus suami..mesti tak menang tangan kan? Saya sendiri pun makan supplemen supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari..

Bagaimana supplemen membantu?

1) Supplemen memekalkan nutrisi yang secukupnya kepada kita untuk cover zat harian selain dari yang kita makan setiap hari untuk mencegah penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan lain bila usia meningkat tua nanti. Macam selalu saya kt mencegah sebelum sakit. Persekitaran sekeliling juga faktor kita sakit apabila terdedah dengan udara yang tak berapa nak bersih seperti asap kereta.

2)Ada pula sesetengah orang perlukan zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka adalah:
  • Ibu hamil, mengandung
  • Orang yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi)
  • Perokok
  • Mereka yang aktif secara fizikal
  • Umur yang sudah lanjut
Baca sini lagi ,



Okeh..so jangan lupa makan supplemen ye..sayangi diri anda dan orang yang tersayang..:)


Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
SID: 1092808
017-3468802








No comments: