Tuesday, 21 January 2014

Intoleransi laktosa @ alah pada susu

Intoleransi laktosa (Lactose intolerance) adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa. Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.


Alahan laktosa terbahagi kepada 2 iaitu :-


  • Kekal (primary) iaitu  Congenital (sejak lahir) di mana ianya jarang berlaku manakala alahan laktosa lewat bagi golongan dewasa iaitu biasanya berlaku di kalangan orang asia dalam anggaran umur 20 tahun.
  • Alahan Laktosa Sementara berlaku disebabkan kerosakan / kecederaan pada usus yang disebabkan oleh jangkitan kuman pada usus (Gastroenteritis),Penyakit usus seperti Coeliac Disease dan pembedahan usus.

Makanan mengandungi laktosa termasuk:
  • Susu dan hasil tenusu seperti keju, mentega dan lain-lain.
  • Coklat dan minuman coklat dan berperisa coklat.
  • Aiskrim.
  • Margerin.
  • Roti dan biskut.
  • Bijirin sarapan.
  • Manisan susu (candy), gula-gula yang mengandungi susu.
  • Susu pekat manis.
  • Susu cair.
  • Laktosa juga terkandung dalam makanan berikut:
  • Semua jenis susu.
  • Gandum dan protein susu.
  • Susu tepung.
  • Tairu.


Tanda bayi anda alahan laktosa

Gejala ini akan kelihatan ½ hingga 2 jam selepas memakan makanan yang mengandungi laktosa:
  • Bayi merengek dan menangis.
  • Perut kembung dan memulas
  • Berak cair yang berbau busuk
  • Kentut yang berlebihan
  • Kulit melecet dibahagian punggung

Bagaimana keadaan ini boleh dielakkan?

Elakkan semua makanan yang disebut di atas.


Apakah langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil?
  • Baca label kandungan makanan yang hendak dibeli.
  • Berhati-hati memilih makanan yang tidak dicatitkan kandungannya.
  • Dapatkan nasihat pakar pemakanan tentang kandungan makanan yang tidak pasti.
  • Jangan kerap menukar susu bayi anda. Dapatkan nasihat doctor di hospital.



No comments: