Tuesday, 7 January 2014

Jom kita detoks hati, darah, usus dan seluruh badan :)

Assalamualaikum...hai..
Alhamdulillah terlintas gak dalam fikiran ni nk create blog.senang untuk kita berkongsi apa-apa yang patut.harapannya moga coretan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Untuk entry ni saya nk cerita tentang DETOX atau pnjgnya detoksifikasi. Ia adalah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia.


Apa itu toksin???

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg.Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu.Pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal,

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Apabila toksin berlebihan dalam badan...

Fungsi hati menjadi lemah akibat dari lebihan toksin dan toksin ini akan mengalir semula dalam tubuh melalui sistem limpa dan saluran darah. Toksin ini akan terhimpun di dalam sel-sel badan seperti sel lemak, tisu-tisu, darah, kolon, hati dan otak. Dengan ini kita berisiko tinggi untuk mendapat penyakit.

Tanda badan terlebih toksin adalah :
  • sakit kepala/ migrain
  • keletihan badan/kurang tenaga
  • kecerdasan otak berkurangan
  • emosi tidak menentu
  • sakit-sakit badan 
  • sakit perut
  • buasir
  • kegemukan
  • alergik pada makanan
  • penyakit kulit dll

Cara membuang toksin??

 Terdapat pelbagai cara detoksifikasi secara semulajadi. Antaranya:-
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik


Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.

Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:

  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.

Jom kita detoks untuk sihat didalam dan cantik diluar!!


Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
Pengedar Sah Shaklee Anda
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com

No comments: