Friday, 31 January 2014

Vita-lea Shaklee


Kebaikan utama :-
  1. Penambahan Tenaga Segera  
  2. pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun berkerja seharian
  3. Pelengkap Nutrisi 

Thursday, 30 January 2014

Balik cuti raya china

baru nak tidur ni..bunyi berdentam dentum macam bunyi tembakan pun ade..rupanya da pukul 12.patut lah..selamat tahun baru china utk yang menyambutnya. 


Satu malaysia katakan..kita pun sambut cuti sama kan.hee..
em ape motif entry ni sebenarnya kan..hehe..
esok da closing utk bulan ni.neves pulak rasa nak terima bonus.ok lah sape nak bagi boleh la nak bayar bil-bil ,maintenance umah.boleh la nak bntu sikit2.alhamdulillah utk kali pertama ni..
berusaha lagi sampai master.!!
 sambil2 tu yg penting aku dapat duduk rumah jaga ammar si tecit tu..
surirumah sepenuh masa gitu.work from home.
 I think...I love this job.
well apapun yang kita buat ikhlaskan hati dan redha kerana Allah insyaallah mendapat berkat.
sikit tapi cukup..
em ok lah.da ilang da bunyi dentum2 tu..eh berhenti kejap rupanya..huu..xpelah.mari lah kita cuba tidor. sebelum mulakan misi bulan februari nanti..meh kita beraya dulu sambil2 perkenalkan produk supplemen ni..wee..
Ni nak tepek muka si ammar arif jap..

my push factor :)
ok..selamat malam.assalamualaikum..

Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif

kepentingan air


1) kekal bentuk badan yg cantik dengan air.
- air meningkatkan metabolisma badan anda & bantu merasa kenyang
- tukarkan air manis kpd air suam.
- apabila anda minum air yg sejuk, badan anda akan cuba utk meningkatkan suhu air tersebut & membantu membakar kalori dlm proses tersebut.

2) membantu tingkatkan tenaga
- apabila rasa letih terus dapatkan air kerana badan anda mengalami dehidrasi oleh itu anda merasa letih.
- terutama semasa melakukan senaman. Sekiranya mempunyai cukup air, jantung anda tdk perlu susah payah utk pam darah keseluruh badan

3) kurangkan stress
- 70%-80% badan kita terdiri drpd air sama jg otak. Apabila alami dehidrasi
(kekurangan air) badan & minda jd stress

4) bentuk otot dgn air
- membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dlm badan

5) mencantikkan kulit
- mempunyai kulit muka yg licin dan bersih.
- apabila dehidrasi, garisan halus & kedutan akan menjadi ketara.
- dengan kekerapan minum air kulit akan dihidrasikan dan muka nampak berseri

6) melancarkan penghadaman
- air bantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah utk dikeluarkan melalui saluran penghadaman
- apabila mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan susah utk mengeluarkan sisa badan

7) mengurangkan pembentukan batu karang
- air melarutkan garam & mineral di dlm kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yg membentuk kristal dan menyebabkan batu karang
- batu karang TIDAK TERBENTUK dalan keadaan air kencing yg tidak pekat dan cair. Jd KURANG RISIKO ANDA dengan MINUM AIR YG BANYAK

Sekurang-kurangnya 3liter sehari.

### Berat 25kg 1liter air..
Contoh :
A) berat 80kg
= keperluan air 3.2liter
B) berat 60
= keperluan air 2.4liter.

Wednesday, 29 January 2014

Kepentingan vitamin dan suplemen kepada semua

Supplemen tu apa?

Supplemen tu makanan tambahan. Kenapa nak tambah? Tak cukup ke makanan yang kita makan ni.Sihat je.takde masalah...hurmm mugkin la..tapi tidak sebenarnya...

Baca kisah ni dulu...

Ini adalah kisah seorang ahli farmasi yang bernama Dr. Earl Mindell. Sebagai seorang ahli farmasi, beliau banyak didedahkan kepada ubat-ubatan (ubat, bukan supplement). Semasa beliau membuka farmasinya sendiri, Dr Mindell menjual ubat-ubatan kepada pelanggannya, bukan sahaja kepada orang yang sakit, tapi ada orang yang memang ambil ubat ubat meneruskan kehidupan, misalnya ubat anti-depresi.

Farmasi yang dibuka oleh Dr Mindell ni adalah partnership dengan kawannya. Mereka bekerja 15 jam sehari, tapi Dr Mindell mendapati pertnernya ni tetap cergas, kekal ceria, tak lesu-lesu macam yang dia rasa.
Lalu Dr Mindell bertanya.. “Saya tengok kamu maintain saja sepanjang hari, layan customer, buat itu buat ini, sedangkan saya rasa macam nak pitam dah ni. Apa rahsia kamu?”

Temannya itu menjawab “Tak ada rahsia pun. Cuma saya ambil vitamin

Tersentak Dr Mindell sebab selama ni apa yang dipelajarinya.. seperti kebanyakan kita faham – vitamin diambil bila kita memerlukan, iaitu bila kita dah sakit, mengandung, dah tua, etc. Pendek kata vitamin tu, pada pemahamannya lebih kurang macam ubat, dan ubat pun takde beza dengan vitamin, sedangkan perbezaannya sangat2 lah ketara… ubat adalah berasaskan drug (dadah) dan vitamin berasaskan bahan organik yang diperlukan oleh tubuh.

Akhirnya Dr Mindell menjadi seorang pengkaji vitamin, nutrisi dan perubatan alternatif.

Credit to: Mommy Lina

Moral of the story ambil lah supplemen. Kesannya untuk jangka masa panjang nanti. Nak guna badan tu lama lagi kan..lagi-lagi untuk mommies yang bekerjaya nak urus umah,urus kerja,urus anak,urus suami..mesti tak menang tangan kan? Saya sendiri pun makan supplemen supaya kekal cergas dan bertenaga sepanjang hari..

Bagaimana supplemen membantu?

1) Supplemen memekalkan nutrisi yang secukupnya kepada kita untuk cover zat harian selain dari yang kita makan setiap hari untuk mencegah penyakit, letih lesu dan masalah kesihatan lain bila usia meningkat tua nanti. Macam selalu saya kt mencegah sebelum sakit. Persekitaran sekeliling juga faktor kita sakit apabila terdedah dengan udara yang tak berapa nak bersih seperti asap kereta.

2)Ada pula sesetengah orang perlukan zat tertentu untuk keperluan harian. Mereka adalah:
  • Ibu hamil, mengandung
  • Orang yang kerap makan ubat tahan sakit (sakit urat atau sendi)
  • Perokok
  • Mereka yang aktif secara fizikal
  • Umur yang sudah lanjut
Baca sini lagi ,



Okeh..so jangan lupa makan supplemen ye..sayangi diri anda dan orang yang tersayang..:)


Salam sihat dan cantik,
~Aisyah~
SID: 1092808
017-3468802








Sunday, 26 January 2014

Harta Berharga Seorang Isteri

Bagi seorang wanita, harta yang paling berharga di dalam hidup ini adalah seorang suami yang soleh. Kepadanyalah, seorang isteri akan merasakan kebahagian di dalam hidupnya dan di Akhirat kelak. Keberuntungan yang akan diterima seorang isteri, jika dia menyakini hidupnya, memberikan segala cinta, perhatian, dan kasih sayangnya kepada suami yang soleh. Kerana pada diri si suamilah, seorang isteri akan mendapatkan apa yang didambanya; Ketenangan, keteduhan, kedamaian, perlindungan dan cinta serta sayang.

Suami yang soleh adalah seorang yang dapat membahagiakan isteri dan anaknya, serta keluarganya baik di dunia ini ataupun di Akhirat kelak. Seorang suami yang soleh tidak akan memberi makan isteri dan anak-anaknya kecuali dengan harta yang halal.

Multi-vitamin dan mineral pertama didunia

Vita-Lea Shaklee adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.Asalnya dikenali sebagai “Vitalize-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.


Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Saturday, 25 January 2014

Kenapa pening makan alfalfa?

Ada customer ni (bukan bli dgn sy) mengadu pening kepala (tekanan darah meningkat) selepas mengambil Alfalfa, nak tau tak..air ni penting untuk melancarkan pembuangan toksin dari badan dan membolehkan penyerapan nutrien secara optimum daripada vitamin oleh badan.
Alfalfa Complex ni mengandungi Vitamin K so ia akan menyebabkan kepekatan darah kita meningkat. kena minum air masak banyak.tiap customer sy, mesti sy akan pesan camni..minum air dan minum air..
Asasnya, minum 1 liter air kosong bagi setiap 25kg berat badan. Andai berat badan 75kg, minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.
ok selamat mendetox...:)
salam sihat cantik,
~Aisyah~
Pengedar Sah Shaklee Anda
ID:1092808

Tangani kedegilan anak dengan berhemah


Anak saya kecil lagi..baru 3 bulan je pun..tapi rasa tertarik pula nak share ni.Moga dapat jadi panduan untuk semua dan ingatan saya di masa hadapan. Meh kita tengok..


1. Perhatikan tingkah laku kita sendiri. Adakah kita mempunyai ciri-ciri kedegilan? Jika ada, ubahlah segera. Mengubah tingkah laku kita sendiri adalah perlu untuk mengubah tingkah laku anak-anak kita.

2. Elakkan sikap agresif. Tangani anak-anak dengan kelembutan tapi dalam masa yang sama tegas dengan peraturan yang kita buat.

tangani anak degil dgn baik

3. Menjelas atau menerangkan sesuatu perkara mengikut perspektif atau sudut pandang anak-anak supaya mereka lebih mudah memahami dan mengikut arahan.

Vitamin untuk atasi Gastrik

Apa itu Gastrik?


Gastrik atau istilah perubatannya, gastritis, adalah sejenis penyakit keradangan pada dinding/pengalas/mukosa perut yang mempunyai rawatan yang efektif. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut.

Bagaimana Gastrik Terjadi?

Wednesday, 22 January 2014

Vitamin sendi terbaik untuk semua ;)

Artiritis adalah keradangan pada sendi-sendi. Terdapat pelbagai jenis artritis. Golongan tua dan muda boleh mendapat artritis. Artiritis yang paling lazim ialah artritis reumatoid dan osteoarthritis.

Jenis sakit sendi

1) Arthritis Reumatoid
Penyakit ini memberi kesan terutamanya pada sendi-sendi di bahagian jari-jemari dan pergelangan tangan. Sendi-sendi lain yang turut terlibat adalah pada bahagian bahu, lutut dan kaki.Rawatan awal harus dibuat untuk mengurangkan kecacatan.

Tanda-tanda 
  • Pembengkakkan pada satu atau lebih sendi, ia adalah biasanya bersimetri.
  • Kekakuan pada awal pagi.
  • Sakit yang berhijrah dan berulang-ulang pada sendi.
  • Ketidakupayaan untuk menggerakkan sendi secara normal
  • Kemerahan dan rasa panas yang ketara pada sendi.

Tuesday, 21 January 2014

Intoleransi laktosa @ alah pada susu

Intoleransi laktosa (Lactose intolerance) adalah ketidakupayaan untuk menghadamkan gula susu atau laktosa. Ianya berlaku kerana kekurangan enzim lactase secara sementara atau kekal. Enzim lactase ini terdapat di lapisan dalam usus.


Alahan laktosa terbahagi kepada 2 iaitu :-

Monday, 20 January 2014

Kenapa Shaklee Pilihan Saya?

Assalamualaikum...salam sejahtera semua..

Kenapa saya pilih Shaklee padahal banyak lagi produk kat luar sana kan? Kenapa saya join Shaklee sepenuh masa dan tinggalkan kerja sekarang..? 

Pertamanya, Shaklee ni tak sama macam MLM yang lain. ia mengikut garis panduan menurut syariah. Refer post saya sebelum ni. Kenapa saya pilih Shaklee? Saya sendiri ada join MLM lain sebelum ni tapi berhenti ditengah jalan sebab tak yakin dengan sistem nya. Didunia ni mana ada benda percuma kan.semua perlukan usaha,doa dan tawakal.insyaallah. Sama juga apa jua yg kita lakukan perlu berusaha.


Keduanya kerana produknya bagus dan berkualiti.
saya dah cuba sendiri set menyusu Shaklee. Alhamdulillah baby sihat,susu banyak dan badan sihat dan bertenaga untuk melakukan tugas seharian sebagai surirumah berijazah..:) Produk Shaklee ni berbeza kerana ia 
SELAMAT, BERKESAN dan MESRA ALAM.

8 Aspek Syariah Menentukan Multilevel Marketing Halal Diceburi

MENCARI HALAL ITU FARDHU KEPADA UMAT ISLAM

Dalam kesibukan kita nak buat pendapatan Seambahan, menjana pendapatan dari rumah atau meningkatkan sosio ekonomi keluarga, pastikan kita tidak terjebak dengan sendiket cepat kaya atau Multilevel Marketing (MLM) haram jadah. Niat asal nak menjana pendapatan memajukan diri dan keluarga tetiba terpalit menanggung hutang piutang ratusan ribuan ringgit. Oh kejamnya!

Boleh baca MLM Haram Jadah dan 10 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee.

8 Aspek Syariah Menentukan Multilevel Marketing Halal Diceburi


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Harapan Ummi untuk Anak-anak semua

Cewah tajuk macam da ade anak 7 8 orang kan..well apa salahnya kan.benda baik apa salahnya disebar-sebar kan??Anak pun umur baru 2 bulan da merancang macam-macam dah untuk dia.Ye la kalau boleh plan nak duduk umah ni nak ajar dia mane yang patut la dulu..Home School gitu kan..harap impian tercapai lah hendaknya..harap en suami bagi sokongan padu lah..Kalau boleh..(dan mampulah..zaman skrg ni banyak sgt ujiannya kn...huu)

1) Nak kurangkan tengok benda dalam "box"
Box yang dimaksudkan tu macam tv,ipad,tablet,phone,games dan sebagainya. Nak main boleh tapi kejap2 lah.Kena tengok sama-sama dan berinteraksi. Nanti kalau tak main ketinggalan zaman pula..


Sunday, 19 January 2014

Tip kuruskan badan dari UmmiAmmarArif

Wah kali ni nak share tentang tip kuruskan badan. em, cantik ke kurus tu..? Ada apa dengan kurus..kurus tu tak tentu cantik..ada yang diluar sana merasakan dirinya gemuk tapi tidak pun.ni boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan.apepun jangan terlalu obses k dengan berat badan kita. Yang penting sebenarnya adalah untuk mencapai berat badan ideal.tidak terlalu kurus atau terlaly gemuk (obesiti). 

perasaan gemuk..bahaya nih..hee
TIP KURUSKAN BERAT BADAN 

1) PEMAKANAN
Dalam satu hari dicadangkan untuk makan 5-7 hidangan kecil berbanding tiga hidangan besar supaya nafsu makan dapat dikawal dan tenaga berterusan sepanjang hari. Jangan skip hidangan sebab bila da lapa makan kan bahaya tu.Selain tu, kenali keperluan kalori seharian. Nah baca kat sini tuk Kenali Kalori. Saya pun banyak refer kat sini tentang apa,bagaimana nak kira kalori sehari. Boleh nak makan tapi kena control pemakanan kita tu.Contohnya teringin nak minum teh ais, minum lah tapi kena cover balik dengan air kosong.Nak makan makanan segera, esok makan la banyak sayur-sayuran untuk detox balik. Tapi banyak mane lah kita boleh cover.so pandai-pandai lah..badan sendiri kan..sendiri rasa..

Saturday, 18 January 2014

Tip banyakkan susu ibu

Meh kita share how nak banyakkan susu ibu..sekarang ramai dah sedar tentang kepentingan susu ibu..Tips yg senang..
1. Pastikan bayi disusukan sekerap mungkin dan bagi yang bekerjaya, pastikan anda membuat sesi perahan yang konsisten setiap 2-3 jam. Jangan tunggu sehingga payudara bengkak baru nak pam...konsep yang salah. Teruskan pam dengan kala yang sama dan berterusan.
2. Pengambilan air yang mencukupi iaitu 3 liter sehari. Pastikan menyediakan botol minuman dengan indicator supaya senang mengetahui adakah keperluan 3L air dipenuhi untuk tempoh seharian.
3. Amalkan zikir dan mengaji setiap hari dan doa tanpa putus padaNYA kerana sesungguhnya rezeki ini datang dari ALLAH jua. Jadikan amalan harian.
p/s: kosongkan breast sekerap mungkin dan makan alfalfa dan esp slps sesi perahan/ direct feeding. insyaallah dapat membantu..okei..selamat mencube.. :)

Susu memancut-mancut

Hari ni saya dan keluarga pulang ke kampung.bukan la kg pun..pulang ke bandar tun hussein onn.hee.sebelum tu singgah dulu ke branch Shaklee nk buat stok. sejak da abis pantang ni sy suke nk kua jalan2 even ada si kecik ni. sebabnya mudah je nk ke mane2 xyah nak bw bekas2 susu sume.minum susu badan je..alhamdulillah..
nak wat citenye si ammar ni selalu marah kt ummi dia ni sbb susu selalu mancut2 kat muka kepala dia.abih basah bj si kecik ni.jenuh gak umminya nk tahan.segan nak cite tapi tu la hakikatnya.rezki Allah swt bagi..moga dapat diberi pluang utk susukan ammar sampai umurnya 2 tahun..aminn..

Friday, 17 January 2014

Makanan dalam pantang

Kenapa kita perlu berpantang? Supaya badan kita cepat pulih seperti sediakala. Mungkin ada yang tak berpantang sekarang namun kesannya dalam jangka masa panjang nanti. Ada pula yang terlalu menjaga sampai takut nak makan sebab nak cepat kurus. Saya sendiri berpantang selama 44 hari dan alhamdulillah beransur sihat tapi masih takut kesan pembedahan. Meh kita tengok ni sumber dari internet dan ibu saya. :)

Semasa berpantang, pemakanan amat PENTING kerana proses kehamilan telah menganggu keseimbangan hormon dan dan ibu mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Bila melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat,urat saraf banyak yang cedera dan berlaku luka dibahagian tertentu.

SESUAI/ BOLEH MAKAN
  • Makanan kurang minyak dan tidak pedas-selalunya makanan ibu pantang dibakar atau direbus.
  • Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan ½ ke 1 cawan sekali minum. 
  • Ikan haruan - boleh pulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. 

Wednesday, 15 January 2014

Work At Home Mom

I love work from home sebab utamanya SATU je..dapat spend masa dengan my son yg comei tuh.. Muhammad Ammar Arif. Memang saya ngaku ekonomi agak lumpuh tapi saya yakin dengan rezeki yang Allah bagi insyaallah. Dimana ada usaha disitu ada jalan kan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih.

Now I'm deciding to focus on Shaklee because I trust with this product since Shaklee da lame bertapak kat dunia ni hampir 50 tahun! Lagi produknya memang bagus, selamat dan halal. Ia bukan ubat tapi supplement semulajadi yang insyaallah boleh membantu kita supaya lebih sihat dan cantik. Tgk SINI lagi apa yang buat Shaklee different from others. Mula-mula tu rase takot jugak tapi bila dah join ni rase ok sebab ada kawan-kawan yang sentisa menyokong dan bagi semangat.Jom lah JOIN skali...

Tuesday, 14 January 2014

Alfalfa Raja Segala Tumbuhan

Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua yang membaca. 

Dalam kesibukan kita sehari-hari makan sering diabaikan dan makan sambil lewa sememangnya kita memerlukan supplement ataupun makanan tambahan untuk membantu. Lihat post sy sebelum ini mencegah lebih baik dari mengubati. Entry kali ini suka saya untuk kongsikan tentang Alfalfa. Seperti yang kita tahu alfalfa adalah antara agen untuk nyahtoksin dalam badan kita. baca Jom Kita Detoks.

KENALI ALFALFA
sumber dari science.howstuffworks.com
Alfalfa tumbuh sehingga dua hingga tiga kaki (60 hingga 90 cm) tinggi, bergantung kepada keadaan tanah dan bekalan air. Akarnya sedalam 4 hingga 30 kaki (1.2 9 m) menyerap lembapan dan khasiat jauh ke dalam bawah tanah dan membolehkan tanaman itu tumbuh di kawasan kering. 15-50 ranting tumbuh dari ranting tunjangnya (crown). Daunnya kecil dan bunganya kebanyakan bewarna ungu kadangkala ada juga bewarna lavender,krim,kuning,putih dan hijau.

Monday, 13 January 2014

Mencegah lebih baik dari mengubati

Mungkin ramai yang merasa badan sihat dan tidak memerlukan makanan tambahan (supplement). Masa muda mungkin lah makan apa pun tak kisah.Then bila usia meningkat ni macam-macam penyakit datang.Well kita tak dapat nak elak qada dan qadar tuhan,sakit tu sebenarnya tanda Allah sayangkan kita.Tapi kita tak boleh nak merosakkan badan jugak kan. Oleh sebab itu kita perlu mencegah sebelum datang penyakit-penyakit yang tidak diingini. So, memang kita memerlukan bantuan supplement agar kekal sihat dan cergas. Kenapa badan kita memerlukan supplement??
  1. Badan kita memerlukan vitamin yang lebih tinggi dari apa yang diperolehi dari dalam makanan. Contohnya Vitamin C, larat ke nak makan sampai 7 biji oren sehari? Telan je sebiji Vita-C Plus selesai.hee
  2. Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Pelbagai teknik yang digunakan untuk memastikan buah dan sayur kekal selamat seperti penggunaan racun perosak, racun serangga. Akirnya buah dan sayuran yang akan tercemar. 

Sunday, 12 January 2014

Set Ibu Menyusu Terbaik dari Shaklee

Alhamdulillah..syukur dan tahniah kepada ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya kerana saya tahu ia bukan suatu yang mudah. Saya sendiri sedang menyusukan si kecil Ammar ni tapi perasaannya memang tak sama, susah nak digambarkan.Moga kita semua dapat diberikan kekuatan,kesabaran dan peluang untuk menyusukan anak tercinta paling kurang 6 bulan. Lebih-lebih lagi untuk mommies yang bekerja memang lebih besar dugaanya, dengan teknologi yang ada misi tetap boleh diteruskan. chaiyok2 untuk mommies semua :)

Sebelum cerita panjang nk cerita pengalaman sendiri dulu sebab set ni memang super marvelous lah. Syukur ditemukan dengan set shaklee ni. Mula-mula susu saya pun tak berapa nak banyak tiap malam pun susah nk tidur sebab nak menyusukan Ammar. Mungkin faktor baby baru keluar ke dunia ni dan susu cair menyebabkan dia asyik menangis je. Selepas makan set ni, alhamdulillah ia membantu susu saya jadi banyak dan pekat. Kesannya baby jadi cepat kenyang dan sy dapat rehat. Bila dapat rehat saya dapat tenaga dan boleh melakukan kerja rumah dengan baik. Alhamdulillah.

Tapi, mommies semua kena ingat set 3M ni hanya membantu. Yang paling penting usaha, sikap, disiplin dan bagi pengguna Muslim mestilah banyakkan berdoa kepada Allah SWT supaya dapat beri yang terbaik pada anak-anak kita, insyaallah.

Ok saya share tentang set ni secara detail ye.

SET MENYUSU 3M
SET IBU MENYUSU (SET Bujet)
  1. Alfalfa Complex
  2. Energising Soy Protein (ESP)
Set minimum mampu milik untuk semua ibu. Bagi saya yang penting kita dapat tenaga dan dapat menghasilkan susu dengan baik. Alfalfa dan ESP banyak membantu insyaallah memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara tak langsung dapat menyusukan dengan baik si manja.
SET IBU MENYUSU (SET B)
  1. Vita-Lea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vita-C Plus
  4. Alfalfa Complex
Set ini membantu membanyakkan susu (milk booster) dengan alfalfa dan juga terdapat rangkaian vitamin serta mineral untuk keperluan ibu yang menyusukan anak. B complek dapat membantu mengelakkan ekzema anak. Memenuhi keperluan nutrisi harian dan susu ibu selain embantu meningkatkan kesihatan dan mungkin dalam masalah keputihan. Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah dalam penyusuan mereka.

SET IBU MENYUSU (SET E)
  1. Vita-Lea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vita-C Plus
  4. Alfalfa Complex
  5. Ostematrix
Sesuai untuk ibu-ibu yang dilanda masalah PMS dan susu merundum apabila PMS (haid). Ostematrix dapat memenuhi keperluan harian 1000mg kalsium untuk ibu menyusu. 

SET IBU MENYUSU (SET 3M) ~highly recommended~~
  1. Vita-Lea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vita-C Plus
  4. Alfalfa Complex
  5. Energising Soy Protein
  6. Ostematrix
Set ini berbeza kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang mencukupi untuk menampung dan membantu ibu semua yang mempunyai masalah dalam penyusuan, tidak mempunyai susu badan yang mencukupi seperti susu cair dan susu merundum apabila PMS. 
Bagi ibu yang ingin mengumpul stok yang banyak disamping kecergasan serta tenaga dapat diperolehi dengan set lengkap ibu menyusu ini. Memang terbaik dari ladang insyaallah ;)

Vitalea with Iron Formula
  • Vitalea mempunyai khasiat  secara keseluruham
  • membantu membekal tenaga dan metabolisme kepada ibu.
B Complex
  • Baik untuk saraf, peredaran darah dan mengatasi tekanan
Vita-C Plus
  • Antioksidan, menguatkan sistem imun
  • Luka,parut dan stretch mark dapat dikurangkan
Alfalfa Complex
  • Milk booster dan susu ibu lebih pekat
  • Membantu memulihkan ekzema bayi
  • Merapatkan lagi keintiman
  • Menyelesaikan masalah keputihan
  • Detox (nyahtoksin) tubuh badan
  • Lawas proses pembuangan
Energising Soy Protein
  • Milk booster
  • Membekalkan protein yang lengkap
  • Memberi tenaga dan rasa kenyang berpanjangan
  • pembinaan sel, mencantikkan kulit
Ostematrix
  • Menguatkan struktur tulang dan gigi ibu
  • Elak kekejangan dan kebas
  • Meningkatkan pengeluaran susu ibu
  • Mencegah osteporosis apabila tua nanti
  • Mengekalkan kecergasan dan meningkatkan tenaga walaupun kurang tidur


Saturday, 11 January 2014

Set Asas Kesihatan untuk semua :)

Setiap orang memerlukan vitamin yang secukupnya dalam badan supaya organ-organ dalam badan dapat berfungsi dengan sebaiknya tetapi adakah dalam makanan kita seharian sudah mencukupi?? Sebenarnya tidak cukup. Saya sendiri pun kadang-kadang rasa letih, cepat penat, kulit tak sekata, dan sebagainya.

Faktor utama adalah masa lebih-lebih lagi bagi yang bekerjaya dan sudah bekeluarga. Makanan yang disediakan ala kadar sahaja janji dapat isi perut dan lebih menyedihkan lagi kita gemar dengan makanan segera. Kesannya bukan dalam masa terdekat tapi bila usia sudah semakin lanjut kita akan terasa. Oleh sebab itu,jaga lah pemakanan kita semua ye..pesanan untuk diri sendiri jugak. Ingatlah orang yang tersayang. ;)
Oleh sebab itu, kita memerlukan makanan tambahan untuk menyokong badan kita. Dengan shaklee insyaallah akan dapat membantu saya dan anda semua juga. Disini saya kongsikan set asas yang dapat membantu kita sekeluarga.

Kesihatan Optimum 
Set Asas Shaklee
Vitalea with Iron Formula

Supplement seimbang dan paling komprehensif dalam Shaklee. Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa seperti vitamin A, vitamin C, vitamin D, vitamin E, calcium, zinc,folic asid, dan sebagainya. Jika diambil setiap hari, dapat meningkatkan kesihatan dan kecergasan kita secara menyeluruh. Selain itu baik untuk hati, usus dan kesihatan mata dalam jangka masa panjang. 

B Complex

Adakah kita mendapat Vitamin B yang mencukupi? Vitamin B terdiri 8 jenis iaitu Vitamin B1, B2, B3, B6,B7,B9 dan B12. Masing-masing mempunyai kepentingan dalam organ tubuh badan kita membantu menguatkan jantung,peparu dan organ-organ penting yang lain. Sebenarnya B complex merupakan spark plug dalam badan. Ia akan membakar gula (daripada makanan) untuk menghasilkan tenaga. Orang yang mendapat diabetes adalah mereka yang kurang B Complex dalam badan sebab gula tak dapat ditukarkan kepada tenaga. Shaklee B Complex lengkap dengan semua 8 jenis Vitamin B dan lengkap dengan asid folic yang baik untuk diet wanita agar dapat mengelak dari risiko anak terencat akal atau masalah kecacatan saraf tunjang.

Sustained Release Vita-C Plus

Vitamin C seperti yang kita tahu baik untuk kulit, dapat menghilangkan jerawat, melicin dan mencerah kulit. Selain dapat mengatasi masalah kulit kering, bibir merekah ia juga menghilangkan demam selsema dan mengatasi masalah resdung. Vitamin C juga banyak memainkan peranan dalam menangkis berbagai penyakit. Ia juga dikenal dengan asam askorbat mempunyai tugas penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkkatn sistem kekebalan tubuh dan membantu penyerapan zat besi. Selain itu, membantu menurunkan kadar kolestrol, melawan kanser, meningkatkan mood dan membaiki kulit kerana antioksidan yang banyak.

Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji oren. Mampu ke kita nak makan sebanyak itu sehari? Shaklee vitamin C mengandungi 500mg per tablet bersamaan 7 setengah biji oren termasuk kulitnya dan ujian klinikal membuktikan Vitamin C didalam 2 tablet vitamin Shaklee (didalam jurang mas 5 jam) mampu kekal didalam plasma darah kita selama 24 jam!

So tunggu apa lagi.Sediakan payung sebelum hujan. Lebih baik mencegah daripada mengubati.Ingatlah orang yang tersayang dan sayangi lah diri anda because you are worth it.

Salam sihat dan cantik dari,
~Aisyah~
UmmiAmmarArif
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com





Friday, 10 January 2014

Set Ibu Mengandung Shaklee

Anda mengandung? atau isteri anda? tahniah. Saya turut rasa gembira.Kandungan adalah anugerah dari ilahi maka sama-sama kita menjaga nya ye.Kena jaga seawal dan sebaik yang mungkin ;) 

Set Ibu Mengandung Shaklee kini menjadi pilihan ramai oleh kebanyakan ibu hamil disebabkan faktor-faktor berikut:-
  • lengkap dengan semua zat yang diperlukan oleh ibu hamil
  • tahan berbulan-bulan
  • boleh dimakan bersama ahli keluarga
  • harga yang sangat berbaloi
  • semulajadi (bukan sintetik)
  • tidak memberi sebarang kesan sampingan
  • bonus kesihatan dan kecantikan extra
  • juga sesuai dijadikan set berpantang
  • terbukti selamat dan berkesan

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada: (SET J1)
  1. Vitalea with Iron Formula
  2. B Complex
  3. Vitamin C Plus
  4. OsteMatrik
 Set asas untuk trimester 2 dan 3 terdiri daripada: (SET J2)
  1. Vitalea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Ostematrix
  5. Omega Guard
Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

★PROTEIN (ENERGY SOY PROTEIN)★
  • Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui sel2 tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh.Sangat diperlukan oleh wanita yang hamil dan menyusukan anak.penting untuk pembentukan kuku,rambut dan kulit.
  • Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. 
  • ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. 
  • Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 
  • Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. 
  • Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. 
  • Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.
★VITALEA★ 
  • Vita-Lea adalah multivitamin dan multi mineral, jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Ia mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.
  • Mengandungi IRON yg membantu membina sel darah merah. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah, sentiasa kelihatan pucat lesu ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. 
  • Membantu pertumbuhan dan penggantian sel
  • Memberikan 100% zat harian yg diperlukan ibu hamil
  • Membantu tumbesaran anak yang sihat
★B-COMPLEX★
  • B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap semua jenis vitamin B termasuk B12, biotin & asid folic. 
  • Asid folik sangat penting untuk pembinaan tisu,sel baru dan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
  • Mencegah anemia - meningkatkan sel drh merah/ hemoglobin
  • Melawan tekanan/ stress
  • Membantu penghasilan tenaga
  • Menggalakkan kesihatan jantung
  • Baik untuk kesihatan mata, kulit dan mulut bayi
★VITAMIN C★
  • Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? 
  • Ia sangat unik kerana tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.
  • Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.  
  • Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat.
  • Ianya juga membantu dalam penghadaman zat 
  • meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.
  • membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.
  • Mencantikkan kulit
  • Dapat membantu mengurangkan stretch mark
OMEGA-3(OMEGA GUARD)
  • Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak dan mata bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.
  • Ianya juga membantu mengawal paras kolestrol dalam badan dan memecahkan lemak di dalam tubuh kita.Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.
  • Menghalang salur darah dr tersumbat
  • Mencegah obesiti
★OSTEMATRIX★ 
  • Ibu mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi.
  • Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium.
  • Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.membaiki ransangan urat saraf,mengelakkan kekejangan otot,sakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung.
  • menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 
  • Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.
  • Merangsang darah untuk memekat
  • Mengurangkan stress & kemurungan
  • Mengekalkan tekanan darah normal
~Aisyah~
Agen Shaklee Anda :)
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com

Happy weekend

Monin semua..
pagi sabtu bagi yang bekerja tu boleh la berehat sebentar.bagi isteri yg bekerjaya boleh la duduk dirumah meluangkan masa untuk melakukan apa yang patut dirumah since da 5 hari dah sibuk bekerja kan..bagi adik2 yang sedang belajar weekend ni buat apa ya? isi lah masa dengan perkara yang berfaedah ye boleh nk mendaki bukit ke,berbasikal dan sebagainya. Apapun yang pasti biarlah masa yang ada tu digunakan untuk perkara yang berfaedah dan menyihatkan.Ingat masa muda dan sihat ni..:)

Em ok lah..selamat berweekend semua..


Salam cantik dan sihat,
~Aisyah~
Pengedar Sah Shaklee Anda
017-3468802
rsaisyah317@gmail.com

Tuesday, 7 January 2014

Jom kita detoks hati, darah, usus dan seluruh badan :)

Assalamualaikum...hai..
Alhamdulillah terlintas gak dalam fikiran ni nk create blog.senang untuk kita berkongsi apa-apa yang patut.harapannya moga coretan dalam blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.

Untuk entry ni saya nk cerita tentang DETOX atau pnjgnya detoksifikasi. Ia adalah proses membersih atau membuangkan segala bahan buangan seperti unsur-unsur pencemar, bahan-bahan logam berat, radikal bebas, agen penuaan dan sebagainya yang terhimpun dalam tubuh badan manusia.